Ibu Dan Ayah Mentua Puteri Sarah Setia Hadir Teman Ke ABPBH35

“Pak Kazar Tak Datang Dengan Menantu Ke?”-

Ibu Dan Ayah Mentua Puteri Sarah Setia Hadir Teman Ke ABPBH35

Ibu Dan Ayah Mentua Puteri Sarah Setia Hadir Teman Ke ABPBH35
Ibu Dan Ayah Mentua Puteri Sarah Setia Hadir Teman Ke ABPBH35

Calon Top 5 bagi kategori Aktres TV Popular, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tiba di karpet merah dengan ditemani ibu bapa mentua, Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam.

Yusof berkata, dia tidak meletakkan apa-apa harapan, sebaliknya bersyukur bekas menantunya berjaya melangkah ke Top 5.

“Saya hadir untuk menemani isteri. Kami tak meletakkan apa-apa harapan sebaliknya sudah cukup bersyukur Puteri Sarah dicalonkan pada malam ini,” katanya yang kelihatan ceria.



Ini adalah kali pertama Puteri Sarah melangkah ke Top 5.

Puteri Sarah berdepan pesainngan Anna Jobling, Sharifah Rose, Siti Saleha dan Raysha Rizrose menerusi kategori Aktres TV Popular, ABPBH 35.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS



Ibu Dan Ayah Mentua Puteri Sarah Setia Hadir Teman Ke ABPBH35

 

Menerusi TikTok, ramai warganet yang memberi respon tentang itu di mana ada yang gembira melihat Sarah dan mentuanya itu masih mempunyai hubungan yang baik.

Dalam pada itu, sesetengah individu sempat memerli isteri Syamsul, Ira dan bapanya yang juga pelakon dikenali, Kazar Saisi.



Ibu Dan Ayah Mentua Puteri Sarah Setia Hadir Teman Ke ABPBH35

 

Untuk rekod, terdahulu selepas mengharungi episod konflik rumah tangga yang panjang, kemelut antara Sarah dan Syamsul akhirnya berniktah selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.



Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Pada Januari lalu, Syamsul mengesahkan telah bernikah dengan Ira Kazar berwalikan bapa mentuanya iaitu pelakon, Kazar di selatan Thailand.

Ibu Dan Ayah Mentua Puteri Sarah Setia Hadir Teman Ke ABPBH35


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading