MPT BERSATU bincang kedudukan Muhyiddin petang ini

KUALA LUMPUR: Status Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden BERSATU dijangka dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu petang ini – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Perkara itu dimaklumkan Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, susulan kedudukan Muhyiddin yang kini berdepan enam pertuduhan mahkamah membabitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat MPT BERSATU di Taman Melewar di sini, kira-kira jam 6.30 petang nanti.

“Ia akan disusuli ceramah membabitkan kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang akan diadakan di lokasi sama malam ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, kedudukan beliau sebagai Presiden BERSATU akan diputuskan MPT parti berkenaan.

Ia berikutan enam pertuduhan dihadapi bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi PN itu, masing-masing empat dakwaan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan nilai RM195 juta.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker