Neville balas dendam ‘bahan’ Liverpool
London: Gary Neville ‘membahan’ kekalahan 0-1 Liverpool di tangan Bournemouth menerusi satu video pendek.
Dia menjadi bahan jenaka pada minggu lalu, iaitu ketika Liverpool membelasah Manchester United 7-0 di Anfield.
Bagaimanapun bekas bintang Red Devil itu kini berasa lega dan puas selepas skuad bimbingan Jurgen Klopp mengalami kekalahan mengejut, semalam hasil jaringan tunggal Philip Billings pada separuh masa pertama.
Memandangkan tiada pengumuman keputusan perlawanan di televisyen semalam susulan krisis antara BBC dan Gary Lineker yang menyaksikan penyampai dan pengkritik enggan bertugas dengan stesen itu, Neville mengambil kesempatan dengan membuat pengumuman di media sosial.
“Sebab tiada pengumuman keputusan perlawanan hari ini, berikut adalah keputusan awal. Bournemouth 1-0 Liverpool,” katanya.
Bagaimanapun, reaksinya itu menerima kritikan hebat terutamanya daripada penyokong setia Liverpool.
Seorang daripadanya menulis di Twitter: “Mengaku sahaja anda masih kecewa tanpa menyatakan anda berasa kecewa.
Seorang lagi menulis: “Ia mengambil masa selama tujuh hari untuk anda muncul semula.
Sementara seorang lagi penyokong berkata: “Liverpool benar-benar mengecewakan hatinya.”
Agensi