SYED SADDIQ SEMAKIN MERENTAN ‘MEROYAN’ MAHU KEKAL SEBAGAI KETUA ARMADA BERSATU.

Syed Saddiq Masih Mahu Tegak Benang Kering Berikutan Pemberhentian Keahlian BERSATU

 

Walau kantoi guna foto lama bagi menabur propaganda masih punyai pengaruh, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih mahu menegak ‘Benang Kering’.



Walau sudah dihentikan keahlian BERSATU, Syed masih merasakan beliau tetap Ketua Aramada BERSATU. Dalam satu sidang media semalam, bekas Menteri itu bercerita kejadian sebelum dan semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan selain mencabar mana-mana pihak untuk tampil menafikan kenyataan beliau. Cara Syed menegak ‘Benang Basah’ tidak ubah seperti cara Tun M yang didedahkan Zahid Mat Arip – letak kesalahan kepada orang lain – tanpa mengaitkan dirinya. Adakah Syed lupa beliau kini BUKAN LAGI AHLI BERSATU selepas surat dikeluarkan SUK BERSATU.

Syed Saddiq kini ibarat ANAK AYAM HILANG IBU apabila tiada hala tuju politik dan hanya berharap kepada payung politik Tun Mahathir. Sepanjang karier politiknya kontroversi seringkali menjadi cara untuk menaikkan namanya. Yang terbaru kontroversi kehilangan wang tunai dari peti besi di kediamannya yang mencecah ratusan ribu ringgit. Bagaimanapun sehingga hari ini tiada penemuan atau penahanan suspek melainkan siasatan terhadap pembantu rumahnya. Syed juga terpalit kisah intim hingga dikaitkan dengan beberapa keping foto diranjang bersama seorang wanita.



ARMADA MAHU BUAT LAPORAN TERHADAP SYED SADDIQ

Rasanya Syed Saddiq telah ditunjukkan jalan keluar dari berpolitik kerana beliau hanya bersandarkan populariti dengan polemik yang tidak sesuai sebagai Menteri. Beliau perlu belajar lebih banyak bagaimana menjadi seorang ahli politik daripada hanya pandai berjanji seperti dilakukannya dalam manifesto PH. Yang berjanji siaran percuma EPL ialah Ketua Pemuda PH yang merupakan jawatan tertinggi Saddiq dalam PH. Sehinggalah Pakatan Harapan tumbang sekitar Februari lepas, beliau GAGAL memenuhi janji tersebut dan hanya mencari populariti kononnya prihatin dengan anak muda. Masih lupa? Ingat apa janji Saddiq dalam PRK sepanjang 2019? Tiada satu dilaksanakan sehinggalah beliau hilang jawatan Menteri.

Sampai bila Saddiq mahu berlakon beliau teraniaya? Belajarlah menjadi matang dalam politik dan cari platform parti lain jika BERSATU sudah enggan lagi menerima beliau. Mungkin PKR atau DAP sesuai dengan gaya politik Saddiq. Siapa tahu beliau mampu berkolobrasi dengan Rafizi atau Nik Nazmi dalam PKR atau menggantikan Ketua DAPSY bagi menarik sokongan anak muda Tiong Hua. Saddiq kena sedar Tun M sudah tidak relevan lagi dalam arena politik Malaysia selepas sudah tidak sehaluan dengan Tan Sri Muhyiddin.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button