Peningkatan kes influenza membimbangkan

Peningkatan kes influenza membimbangkan

Peningkatan kes influenza membimbangkan
GAMBAR hiasan. FOTO Agensi

Sydney: Pihak berkuasa kesihatan di negeri New South Wales (NSW) Australia pada Khamis memberi amaran akan peningkatan kes influenza dan kemasukan ke hospital dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, menggesa ibu bapa memvaksin mereka yang berumur lima hingga 16, lapor Xinhua.

Ketua Kesihatan NSW Kerry Chant berkata data terkini agak membimbangkan dengan peningkatan 37 peratus kes di jabatan kecemasan (ED) bergejala dengan penyakit seperti influenza dan peningkatan 30 peratus dalam kemasukan ke hospital pada minggu hingga Ahad berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata kanak-kanak di bawah 16 tahun mewakili 54 peratus daripada semua kes bergejala di ED untuk penyakit seperti influenza dan lebih satu pertiga daripada kemasukan ke hospital adalah disebabkan kes sedemikian pada minggu lalu.



Sejak Mei, terdapat 16 kanak-kanak dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan komplikasi yang mengancam nyawa akibat influenza dan bilangannya semakin meningkat.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami menyaksikan peningkatan kes influenza dalam kalangan kanak-kanak serta mereka yang berumur lima hingga 16 tahun, dengan kedua-dua kumpulan umur ini menyumbang kira-kira separuh daripada kes selesema yang didiagnosis di NSW setiap minggu,” kata Chant.

Beliau berkata perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah memastikan anak-anak mereka menerima vaksin selesema jika belum mendapatkannya.

Peningkatan kes influenza membimbangkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading