Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 sebelum Aidilfitri – PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan depan sebelum sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.

“Seperti yang disebutkan, STR fasa 1 sudah diedarkan dan sampai kepada rakyat yang berjumlah RM1.6 bilion, itu pada bulan Januari lalu.

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terbabit supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.

“Kita akan keluarkan fasa dua ini untuk golongan B40 mendapat STR,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah penambahbaikan kepada STR berbanding bantuan diberikan sebelum ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker