Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula
Oleh Adam Malik
Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula
Setelah Pakatan Harapan 1.0 dipedaya oleh Mahathir mungkin Perikatan Nasional akan jadi mangsa seterusnya.
Percaturan licik Mahathir kali ini menggunakan tema “Melayu” dan mahu basmi “korupsi”
Selain itu beberapa hari lalu , Mahathir menyatakan kepada Media Jepun bahawa dia dengan “colition” baru nya , (Berkemungkinan PN) akan mengutamakan membenteras Rasuah.
Tanpa rasa segan dan malu Mahathr tidak menyebut bahawa gabungan baru yang dia mahu sertai ada lah juga yang kini bergelar “Kluster mahkamah” dan juga “kleptokrat”.
Ini kerana kedua dua Bersatu dan PAS telah terkait kisah sogokan dan AMLA.
Mungkin Mahathir sangka semua orang Jepun jahil berkenaan kisah politik Malaysia agaknya.
Sambil itu kawan baik Mahathir sendiri Tun Daim sudah dipanggil ke pejabat SPRM untuk menjawab isu Pandora.
Sebelum ini Tun Daim terkait dengan kisah rasuah ECRL namun senyap begitu sahaja.
Paling jelas hipokrasi Mahathir ada lah kes rasuah Bekas Gabenor Bank Negara yang masih belum didakwa lagi dan Mahathir langsung dilihat tidak pernah mendesak agar perbicaraan segera dibuka.
Ini membuat ramai rakyat percaya ada kaitan dengan beliau.
Pada perkembangan terkini , Mahathir menyatakan gabungan ciptaan nya Gerakan Tanah Air akan menjadi induk dan parti PUTRA akan diserap didalam nya lalu kemudian akan bergabung dengan PN.
Sungguh Mahathir pandai ambil kesempatan memandangkan Parti Bersatu akan kehilangan beberapa pemimpin tertinggi nya kerana kes korupsi berkaitan JanaWibawa.
Begitu juga dengan PAS apabila kes Tebatan banjir dan sogok pengundi bermula.
Dilaporkan kes terhadap MP Marang Haji Hadi juga dalam proses dimana terdapat bukti beberapa video sogokan pengundi di Kawasan Parlimen nya.
Ini lah cara Mahathir ambil peluang untuk “Hijack” Perikatan Nasional perguna entiti rekaan nya Gerakan Tanah Air (GTA).
Mahathir sangat tersepit dengan kepimpinan baru negara kerana tahu Anwar Ibrahim amat mengetahui kerja kerja dan skandal lama Mahathir.
Maka, jalan pintas untuk Mahathir selamatkan diri ada lah dengan berlindung dengan entity baru nya PN.
Jika dahulu PH 1.0 mempercayai Mahathir dengan janji mahu jadi Perdana Menteri hanya dua tahun , tetapi kemudian bermuslihat dengan “Sheraton Move” , apa pula helah Mahathir kali ini dengan membawa GTA sertai PN.