Malaysia sedia hulur bantuan teknikal ke negara Komanwel

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara Komanwel yang memerlukan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Susuan itu, beliau berkata, adalah tidak wajar bagi pendekatan ‘one size fits all’ digunakan dalam menggalakkan negara menerima pakai prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan dalam mempromosikan serta melindungi hak asasi manusia.

“Malaysia bersedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara Komanwel yang memerlukan.



“Sebab itu, saya tekankan adalah tidak wajar bagi pendekatan ‘one size fits all’ digunakan dalam menggalakkan negara menerima pakai prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar, hari ini.

Zambry berkata demikian ketika menyertai Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) di Marlborough House, London.

Mesyuarat itu turut membincangkan isu berkepentingan bersama, situasi pelbagai negara anggota Komanwel dan status permohonan kemasukan semula Zimbabwe sebagai anggota Komanwel.

CMAG ditubuhkan pada 1995 selaku penjaga nilai asas politik Komanwel.



Keahlian CMAG ketika ini membabitkan Barbados, Belize, Kanada, Ghana, Malaysia, Malta, Mauritus, Rwanda dan Samoa.

Malaysia dilantik sebagai ahli CMAG pada 2018.

Zambry berada di London mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom bermula Isnin lalu lalu hingga semalam.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button