Perikatan Nasional akan hadapi Enam PRN dengan berstatus “Kleptokrat” dan “Penyamun”.

Oleh Adam Malik

Pilihan Raya Negeri yang dijangkakan akan diadakan selepas Hari raya ini akan dikira sebagai sangat sengit.

Walaupun beberapa negeri diramalkan akan berkedudukan “status quo” , namun apa yang menarik untuk diperhatikan adalah cara berkempen masing masing parti parti yang bertanding.



Pada PRN , PRK serta PRU yang lalu , Barisan Nasional berada didalam ‘disadvantage’ kerana Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi terikat dengan kes mahkamah rekaan kerajaan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin terhadap nya.

Maka , tema kempen untuk ketiga tiga pilihanraya berkisar sekitar siapa undi BN umpama undi “kleptokrat” , “Perasuah”dan “Penyamun”.

Namun , kini keadaan sudah berlainan semenjak pemimpin pemimpin Parti Bersatu terpalit dengan skandal rasuah dan AMLA.

Malah pemimpin PAS juga dikatakan terpalit dengan skandal rasuah dan menyogok pengundi.



Selain itu, kes sedang dibina dan disiasat berkaitan Projek Tebatan banjir.

Maka, dipercayai selain pemimpin pemimpin Bersatu yang telah didakwa , maka pemimpin PAS juga akan terpalit kemudian nanti.

Dengan kedudukan kedua parti mempunyai kes kes tersendiri, maka secara sah kedua parti sudah jatuh kelembah “Kleptrokrasi” dan berstatus Perasuah dan Penyamun, terutama nya Parti Bersatu.

Menarik untuk dilihat Bagai mana penceramah penceramah kedua Parti hendak mensasarkan BN dan UMNO sebagai parti perasuah dan penyamun apabila parti Bersatu dan PAS  sendiri bersengkokol dengan Kluster mahkamah.



Meletakan diri sebagai mangsa politik dan mangsa pendawaan terpilih sudah tentu tidak menjadi atau diterima kerana UMNO dan BN juga pernah melaungkan perkara sama ketika dimangsakan oleh kerajaan Tun Mahathir dan Bersatu pada kerajaan PH1.0 selama 22 bulan.

Maka, apakah rancangan kedua parti gabungan untuk menghadapi PRN sebagai parti “Kluster Mahkamah”?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button