Peminat Psycho Anggap Uqasha Senrose Kekasih Bayangan

Netizen Siasat Siapa Individu Bernama N**raz*an?

Peminat Psycho Anggap Uqasha Senrose Kekasih Bayangan

Peminat Psycho Anggap Uqasha Senrose Kekasih Bayangan

Tak salah untuk meminati atau memendam rasa pada sesiapa sahaja namun hal yang demikian dikatakan biarlah berpada-pada.

Jangan biarkan diri ini terlalu obses sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri mahupun orang lain.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali dan didakwa merupakan peminat tegar Uqasha Senrose.



Insiden tidak diduga berkenaan disifatkan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka sedang berada pada satu acara karnival jualan di negara jiran itu.

Bagaimanapun kebenaran bahawa individu yang memukul itu merupakan peminat Uqasha yang berasa tidak puas hati dengan suaminya, Kamal itu masih tidak dapat dikenal pasti kerana siasatan masih dijalankan.

Peminat Psycho Anggap Uqasha Senrose Kekasih Bayangan

Menurut sumber laporan, penyerang Kamal juga kini telah diperintah reman selama 2 minggu oleh pihak Mahkamah Singapura dan jika disabitkan bersalah, pelaku berusia 33 tahun itu akan dipenjara selama 7 tahun, denda, rotan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Meskipun siasatan penuh diserahkan kepada pihak berkuasa, namun terkini tular di TikTok apabila warganet berjaya menemui satu akaun milik individu yang tidak dapat dikenal pasti identitinya namun menggerlarkan dirinya sebagai N**raz*an yang telah meninggalkan pelbagai komen aneh di laman instagram milik pasangan selebriti Uqasha dan Kamal.



Peminat Psycho Anggap Uqasha Senrose Kekasih Bayangan

Memuat naik video kompilasi komen-komen individu terbabit, pemilik akaun tiktok berkenaan mendapati mesej yang ditinggalkan oleh lelaki yang bernama N**raz*an itu memiliki unsur-unsur ugutan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan takut dan meminta mana-mana individu yang melakukan seperti komen-komen sedemikian untuk berhenti serta-merta.

Sesunguhnya ugutan daripada seseorang kepada kita bukanlah sesuatu yang boleh dimuat main-main kerana ia boleh membahayakan nyawa. Disebabkan itu, kebanyakan orang akan membuat laporan polis jika ia berlaku.

Apa yang berlaku kepada pelakon, Kamal Adli baru-baru ini juga membuka mata ramai pihak untuk lebih berhati-hati.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna TikTok di mana komen mencurigakan itu banyak diterima memalui perkongsian gambar berdua Kamal bersama Uqasha.

Respon Uqasha Senrose Memang ‘Win’!

Peminat Psycho Anggap Uqasha Senrose Kekasih Bayangan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker