Ivan, Aira juara skuasy kebangsaan

Ivan, Aira juara skuasy kebangsaan

Ivan, Aira juara skuasy kebangsaan
IVAN (kanan) dan Aira menunjukkan trofi masing-masing selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan di Pusat Skuasy Nasional sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Bintang muda skuasy negara, Aira Azman menepati ramalan selaku permata baharu sukan itu apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan edisi ke-39 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Aira meraih kejayaan itu selepas menewaskan Noor Ainaa Amani Ampandi 11-5, 7-11, 11-3, 11-9 dalam tempoh 26 minit pada aksi final sekali gus merangkul kejuaraan sulungnya di peringkat kebangsaan.

Ia sekali gus menyuntik semangat tambahan buat Aira menghadapi Kejohanan Remaja Individu Asia di Dalian, China bermula 16 hingga 20 Ogos ini sebelum ke Sukan Asia Hangzhou pada September depan.

Sementara itu, Ivan Yuen turut menepati ramalan apabila menjuarai Divisyen Premier lelaki membuktikan usia bukan penghalang apabila menggondol gelaran juara kebangsaan buat kali kelima dalam kariernya.



Ivan, 33, menumpaskan Muhammad Adden Idrakie Bahtiar 11-6, 11-8, 6-11, 11-6 dalam tempoh 56 minit pada perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Sebagai rekod, Ivan pernah muncul juara kebangsaan empat tahun berturut-turut dengan kali terakhir meraihnya sewaktu edisi 2020. – KOSMO! ONLINE

Ivan, Aira juara skuasy kebangsaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading