Zahid Selamat Jalani Pembedahan

Zahid Selamat Jalani Pembedahan

Zahid Selamat Jalani Pembedahan

 

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata dia kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

Beliau menyatakan demikian melalui hantaran di dalamΒ akaun Facebook beliau.

“Alhamdulilah”.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan saya selepas menjalani pembedahan tempoh hari”.



“Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, saya dalam tempoh berehat sebelum kembali bertugas”.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan”.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihnya,” katanya.

Presiden Umno itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai jenis pembedahan yang dilaluinya.



Ahad lalu, anak Ahmad Zahid, Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lepas.

Beberapa hari lalu tular berita kononnya DS Zahid akan berundur dari politik dan beliau akan digantikan oleh Hishamuddin Hussien.

Berita yang jelas tidak berasas itu dicipta oleh Raja Spin Negara, Raja Petra Kamaruddin.

Adalah sangat mustahil sekiranya DS Zahid berundur, tempat beliau digantikan oleh Hishamuddin Hussein.

Ini adalah kerana Hishamuddin Hussien masih lagi digantung keahlian UMNO selama 6 tahun atas kesalahan disiplin.

Selain itu, UMNO juga adalah sebuah organisasi yang mempunyai struktur pentadbiran parti yang cukup jelas.

Jawatan pemangku presiden tidak boleh ditetapkan dengan mengikut kehendak individu.

Tetapi ianya mesti mendapat persetujuan dari ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Penulis mendoakan agar DS Zahid diberikan kesembuhan dan segera kembali bertugas.

 

Zahid Selamat Jalani Pembedahan

 

Temui Kami:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker