Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman

KENINGAU: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badannya di kuarters sebuah kilang di Kampung Patikang Ulu, di sini, semalam.

Mangsa berusia 45 tahun ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di pintu masuk ke rumah mangsa, jam 2.30 pagi.

Difahamkan, mangsa membuka kedai kecil-kecilan dengan menjual barang keperluan untuk penduduk kuarters berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain, berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.



“Turut ditemui di lokasi kejadian ialah sebilah pisau yang mempunyai kesan darah.

“Tindakan pantas polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia pada hari yang sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrudin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Keningau untuk bedah siasat.



“Suspek berusia 16 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker