Aiman Tino masuk UMNO

KUALA KUBU BHARU: Penyanyi, Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian ahli UMNO di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor, malam tadi.

Dia menyerahkan borang terbabit kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al-Khattab Kasim disaksikan oleh Ketua Wanita UMNO bahagian, Datuk Rosni Sohar.

Aiman berkata, penyertaannya sebagai ahli UMNO bukanlah perkara luar biasa kerana sebelum ini ayahnya, Yusri Ishak juga pernah memegang jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian berkenaan.



“Saya memilih UMNO sebab pada pandangan saya hanya parti inilah yang mampu memartabatkan agama, bangsa dan negara sejak dahulu, kini dan selamanya.

“Walaupun ketika ini sokongan Melayu terutama golongan muda terhadap UMNO semakin berkurangan, saya yakin UMNO akan bangkit kembali pada masa hadapan,” katanya.

Difahamkan, dia dilantik sebagai Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda Bahagian Hulu Selangor.



“Ini adalah satu cabaran baharu dalam hidup saya dan berikanlah peluang serta kerjasama kepada saya supaya amanah parti dapat saya jalankan dengan berkesan,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button