Datuk Roy direman 4 hari lagi

Datuk Roy direman 4 hari lagi

Datuk Roy direman 4 hari lagi
SPRM mohon 7 hari reman terhadap Datuk Roy, Majistret benarkan empat hari untuk bantu siasatan kes berkaitan Jana Wibawa.- Foto ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan reman lelaki dikenali Datuk Roy selama empat hari berakhir Isnin depan.

Peguam bela lelaki berusia 54 tahun itu, Fahmi Abd Moin, berkata kebenaran itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin bagi membantu siasatan kes membabitkan beberapa individu lain dan pegawai SPRM.

“Pihak SPRM memohon tujuh hari lanjutan reman terhadap Datuk Roy. Peguam bela membantah reman dilanjutkan kerana tiada keperluan untuk menahan Datuk Roy dengan lebih lanjut dan anak guam akan berikan kerjasama berterusan untuk membantu pihak siasatan.

“Mahkamah kemudian benarkan permohonan SPRM untuk melanjutkan reman selama empat hari,” katanya pada BH, hari ini.

Lelaki itu yang direman selama tiga hari sebelum ini ditahan semula di Pejabat SPRM, jam 3.45 petang semalam selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM hari sama.

Datuk Roy dilepaskan Majistret Kuala Lumpur Noorelynna Hanim Abd Halim, selepas pihak SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh reman ke atasnya yang tamat semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Majistret Kuala Lumpur memerintahkan lelaki itu direman bagi membantu siasatan berhubung dana Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Datuk Roy ditahan kali pertama ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM di sini, pada jam 3 petang Isnin lalu.

Sebelum ini, Datuk Roy diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berkenaan atas tujuan sama.

Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang, pernah dipenjara kerana terbabit kes rasuah.

SELEPAS ROY, KINI ANAK DAN ADIK IPAR PULA POSITIF COVID-19

Datuk Roy direman 4 hari lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker