Pegawai Cawangan Khas diarah bela diri kes ambil dadah

Pegawai Cawangan Khas diarah bela diri kes ambil dadah

Pegawai Cawangan Khas diarah bela diri kes ambil dadah
Roslan (baju putih) diarah membela diri atas pertuduhan mengambil dadah, tiga tahun lalu. – NSTP/ AZRUL EDHAM

SEREMBAN: Seorang Inspektor polis dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan diperintah membela diri di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengambil dadah, tiga tahun lalu.

Perintah dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan ke atas tertuduh, Roslan Sam, 43.

Mohd Firdaus ketika membacakan penghakiman berkata, mahkamah meneliti fakta kes, ekshibit dan keterangan saksi dengan mengguna pakai prinsip penilaian maksimum, sebelum tertuduh diberikan tiga pilihan iaitu memberikan keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah dan berdiam diri.

“Kalau memilih berdiam diri, mahkamah sedia menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh,” katanya pada prosiding kes, hari ini.

Peguam mewakili tertuduh, Haresh Mahadevan memilih memberikan keterangan bersumpah dari kandang tertuduh dengan memanggil dua saksi pendakwaan iaitu seorang anggota polis, Koperal Shahril Amri dan orang awam, Ong Boon Hoe.

Menurut Haresh, setakat ini tujuh saksi sudah dipanggil memberi keterangan sejak perbicaraan kes bermula tahun lalu, manakala pertuduhan dibuat pada Mac 2021.

Mengikut pertuduhan, Roslan didakwa mengguna, memberikan kepada dirinya dadah berbahaya iaitu sejenis ketamin, emphatamin, methamphetamin, methylenedioxy- emphatamin dan methylenedioxy-methamphetamin.

Kesalahan dilakukan jam 3 pagi di Pejabat Narkotik ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini pada 27 September 2020 mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh diwakili peguam Wan Emira Batrisya Ismail.

Mahkamah menetapkan tertuduh dipanggil membela diri pada 23 dan 24 Mei depan.

Cuaca buruk, sekurang-kurangnya lima lapangan terbang utama AS diarah tutup

Pegawai Cawangan Khas diarah bela diri kes ambil dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker