Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN

Oleh Adam Malik

Mahathir mahu guna GTA untuk tunggang PN pula

Mahathir tidak pernah berhenti berpolitik.

Dari hari dia umum mahu letak jawatan sambil teresak esak menangis di Perhimpunan Agung UMNO pun Mahathir tiada niat mahu berhenti berpolitik.

Mahathir hanya umum meletakkan jawatan dan tidak semestinya berhenti politik.

Ketika meletak jawatan pun Mahathir sudah siap pasang pasarana untuk terus berkuasa melalui orang orang yang masih berpolitik. Guna remote.

Terkini , Mahathir umum Parti PUTRA yang disertai nya menjadi jenama baru sebagai GTA dan kemudian akan menyertai Perikatan Nasional.

Pendek kata, Mahathir mahu tunggang GTA, dan GTA akan tunggang Perikatan Nasional.

Sekaligus ia jalan pintas tunggang penyokong parti PAS dan Bersatu.

Pihak lain kumpul penyokong, Mahathir hanya perlu tunggang parti mereka.

Jenama Mahathir terlalu busuk untuk berguna bagi apa apa pun.

Seperti kata Dr Puad Zarkashi jenama Mahathir alaki defisit kepercayaan (Trust Deficit)

Nama yang membawa kecelakaan hilang deposit kerana tidak menjaga rakyat selain menjaga kepentingan kroni, proksi dan diri sendiri.

Kenyataan agenda Melayu sekadar slogan kosong dan retorik sahaja.

Ia tidak dapat diterjemahkan dengan pembuktian satu persatu apa yang hendak diMelayu kan.

Sebalik nya orang Melayu dipecah pecahkan oleh Mahathir dengan membentuk parti baru,

Malah, Mahathir anti Melayu dengan penghinaan terhadap mereka sebagai pemalas suka meminta minta dan berharap bantuan kerajaan.

Jika apa apa yang diberi oleh pemimpin Melayu kepada Melayu , Mahathir akan menyatakan ia sebagai rasuah dan suka meminta minta.

Tidak hairan Mahathir mendapat telur ayam dan hilang deposit dalam berpuluh puluh kerusi yang parti ada jenama nya terbabit bertanding.

Terkini , Mahathir buat ‘move’ lagi.

Kali ini Mahathir melihat peluang untuk selamatkan diri dari kerajaan Anwar Ibrahim yang sangat ditakuti nya dengan cubaan menunggang Perikatan Nasional.

Mahathir sangat takut tetapi tidak menunjukan ketakutan apabila Tun Daim dipanggil SPRM.

Tanpa memanggil Mahathir pun , Mahathir tahu jika Tun Daim terbabit dia juga akan terseret sama.

Begitu juga jika Bekas Gabenor Bank Negara diseret kemahkamah.,

Maka , Mahathir terpaksa buat “move”.

“Move’ terbaru Mahathir adalah setelah PAS dan Bersatu mengumpul penyokong , maka Mahathir hanya perlu tumpang penyokong mereka.

Sebelum ini Mahathir perkudakan PERKASA dan PUTRA.

Terlebih awal dari ini, Mukhriz Mahathir mula dulu mahu Bersama PN dan kini GTA Mahathir pula.

Maka, sudah ada dua suara dari keluarga Mahathir jika PN menerima mereka.

Mahathir juga mungkin sudah tahu Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin bakal sangkut lalu akan ada kekosongan, tambah lagi Azmin Ali ada lah barua nya dan Peja tidak cukup kuat.

Kata kata tidak akan Bersama perasuah hanya laungan kosong Mahathir dan beliau sentiasa ada alasan untuk langar prinsip sendiri seperti mana beliau menjilat DAP  setelah berpuluh tahun menipu orang Melayu suruh membenci DAP.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker