Mekanik perdaya beli telefon bimbit bernilai RM7,500

Mekanik perdaya beli telefon bimbit bernilai RM7,500

Mekanik perdaya beli telefon bimbit bernilai RM7,500
P. Gopinath (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan memperdayakan pekerja kedai di Terminal 1, Seremban untuk menyerahkan dua buah telefon bimbit Samsung Galaxy Z Flip 4 bernilai RM7,500, akhir bulan lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN: Seorang mekanik dijatuhi hukuman denda RM3,000 di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan pekerja kedai untuk menyerahkan dua buah telefon bimbit Samsung Galaxy Z Flip 4 bernilai RM7,500, akhir bulan lalu.

Majistret, Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, P.Gopinath, 30, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama lima bulan.



Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa telah memperdayakan mangsa seorang pekerja kedai lelaki berusia 20 tahun dengan sengaja sehingga mendorongnya untuk menyerahkan dua buah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Z Flip 4.

Ia yang mana mangsa tidak akan menyerahkan telefon bimbit itu sekiranya mengetahui pembayaran tersebut belum dijelaskan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hantaran video jelik: Suami Siti Nuramira didenda RM16,000




Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai telefon bimbit di Terminal 1 Seremban di sini lebih kurang pukul 8 malam pada 27 Mei lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Chrysandy Lai memohon hukuman denda yang paling minimum dikenakan.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi.



Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah pergi ke sebuah kedai telefon bimbit untuk membeli dua buah telefon jenama Samsung Galaxy Z Flip 4 berharga RM7,500.

Kemudian tertuduh telah meminta mangsa menyerahkan nombor akaun bank bagi membuat pembayaran dan menunjukkan resit sebelum beredar dari kedai.

Bagaimanapun, mangsa menyedari pembayaran masih belum menerima pembayaran RM7,500 selepas menerima panggilan daripada majikan.-UTUSAN.

Mekanik perdaya beli telefon bimbit bernilai RM7,500

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button