Pengapungan harga bahan api bantu ekonomi negara

Pengapungan harga bahan api bantu ekonomi negara

Pengapungan harga bahan api bantu ekonomi negara
KUALA LUMPUR. FOTO fail AFP

Kuala Lumpur: Pengapungan harga api dan subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi dilihat mampu menstrukturkan kembali ekonomi negara bagi jangka panjang.

Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, jumlah subsidi bahan api pada 2022 berjumlah RM51 bilion melebihi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung kerajaan.

“Sekiranya ia dapat dijimatkan, wang itu dapat digunakan dengan lebih bijak seperti bantuan tunai langsung kepada warganegara Malaysia dan juga penyediaan infrastruktur yang lebih banyak dan berkualiti kepada rakyat seperti hospital, sistem pengangkutan awam, pendidikan dan sebagainya.



“Penjimatan daripada pemberian subsidi secara pukal yang berlaku akan membantu kerajaan mengurangkan defisit kepada 4.3 peratus di atas perbelanjaan tahunannya, sekali gus mengurangkan hutang negara yang sekarang berjumlah sekitar RM1.2 trilion,” katanya kepada Bisnes Metro.

Pengapungan harga bahan api bantu ekonomi negara
AIMI Zulhazmi.

Menurutnya, peningkatan hutang negara bersamaan dengan pertambahan subsidi pukal setiap tahun yang memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan pasti, ia tidak harus berterusan selamanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak




Justeru, beliau berkata, tindakan kerajaan pada awalnya dilihat akan memberi kesulitan pada peringkat awal perubahan ini dibuat, antaranya rantaian nilai bekalan barangan akan meningkat secara langsung kepada sektor pengangkutan, runcit, restoran dan pelbagai lagi.

“Bagaimanapun, kebaikan utama dalam jangka pendek adalah kepada kerajaan, iaitu dapat mestruktur semula ekonomi negara daripada belanja subsidi yang tinggi sekarang, meringankan beban kewangan, menurunkan hutang dan defisit perbelanjaan.

“Seterusnya, kelebihan subsidi bahan api bersasar ini adalah kepada rakyat yang terkesan dan menerima bantuan tunai secara langsung dari kerajaan, terutama dalam era peralihan ini.

“Bagi yang tidak mendapat bantuan kerajaan, mereka harus menerima hakikat sebenar situasi ekonomi global yang perlu dihadapi, dengan harapan akan ada kesan jangka panjang yang baik bagi mereka jika penstrukturan ekonomi negara berjaya dilakukan,” katanya.



Pengapungan harga bahan api bantu ekonomi negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada cara lain untuk bebaskan Najib – Zahid

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading