Padam Foto Free Hair Di IG, Julia Farhana Kini Berhijab?

Pelakon, Julia Farhana mendedahkan dirinya kini sudah mengenakan hijab selepas memuat naik satu video promosi yang memaklumkan penampilannya telah berubah.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya (IG), pelakon berusia 29 tahun itu menjelaskan rakaman tersebut diambil ketika dia masih belum bertudung sekali gus mengesahkan dirinya kini telah pun berhijab.

Disclaimer : Rakaman ini dibuat sebelum Ju (Julia) bertudung. Saya wajib memenuhi tanggungjawab untuk tugas kolaborasi ini mengikut jadual promosi yang telah ditetapkan dari awal.

Bukan itu sahaja, pelakon berdarah kacukan ini juga dilihat memadam semua foto dan videonya yang tidak mengenakan tudung di Instagram miliknya.

Terdahulu, Julia pernah memaklumkan belum bersedia untuk berhijab ketika baru sahaja bergelar isteri, bagaimanapun meminta orang ramai untuk terus mendoakannya.

Sekadar info, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin telah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami pelakon, Lufya Omar iaitu Dr. Che Hafiz pada 14 Disember lalu.

Sumber: Julia Farhana Marin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker