Mayat dua mangsa tiba di HTAR

Oleh – Syeikh Baran


Mayat dua mangsa tiba di HTAR
Dua trak polis yang membawa mayat juruterbang dan pembantu pesawat ringan model BK 160 Gabriel tiba di HTAR. – Foto oleh Saddam Yusoff

Suasana hujan lebat mengiringi ketibaan mayat dua mangsa nahas sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini malam ini.

Dua trak polis yang membawa dua mayat tersebut tiba kira-kira pukul 8.45 malam ini dengan diiringi beberapa anggota polis trafik.
 

Kedua-dua mayat tersebut adalah juruterbang pesawat itu, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan pembantunya Roshaan Singh Raina, 42,

Terdahulu, kedua-dua trak polis yang membawa mayat berkenaan dibawa keluar secara berasingan dari lokasi kejadian di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Kapar kira-kira pukul 8.10 malam

Setakat ini, tiada kelibat ahli keluarga dan waris dua mangsa yang berkumpul atau menunggu di unit tersebut ketika ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker