Shila Amzah Kongsi Tip Untuk Mak Ada Anak Lambat Cakap!

Menjadi seorang ibu kepada anak yang lambat untuk bercakap atau speech delay sememangnya tidak mudah. Perlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk mengajar mereka bercakap.

Bagi penyanyi, Shila Amzah, berdepan pengalaman yang sama membuatkan dirinya perlu lebih banyak bersabar. Dan inilah yang dikongsikan Shila di Instagramnya.

Malah kongsi Shila lagi, jangan putus harapan sebaliknya teruslah bercakap dengan anak dan rangsang mereka untuk bercakap setiap masa.



“More reading in Malay @sethuwais 🤍. Kepada semua mommies yang ada anak speech delay, kita kena banyak sabar okay.

“Keep on talking to your baby, cakap je. Jadi commentator untuk semua benda! Haha,” kongsinya.

Akuinya walaupun sukar pada mulanya, malah dia sendiri pernah merasa seperti bercakap seorang diri namun dikuatkan hatinya demi merangsang anaknya, Seth Uwais.



“Mula-mula Sha start dulu dah macam cakap sorang-sorang.

“Now slowly Seth dah guna guna words dia bila dia nak something. It takes time tapi in sha Allah don’t give up okay,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Memori Tercipta ini juga kini sedang mengajar anaknya untuk lancar bercakap dan membaca dalam Bahasa Melayu.



Kongsi Shila, anaknya itu lebih mahir berbahasa Inggeris dan kini sedikit demi sedikit belajar untuk berbahasa Melayu pula.

“Umur 3 tahun lebih ni Seth tengah cuba baca melayu @sethuwais, pelan-pelan ya nak. Nanti boleh tu.

“English dah boleh baca, now mommy nak seth pandai Bahasa Melayu juga, awak tu melayu. Lepas dua-dua ni okay kita try mandarin pulak ya,” kongsinya lagi.

 



 

Menerusi video yang dikongsikan, ternyata Seth semakin baik sebutannya berbanding dahulu. Malah Shila juga gigih mengajarnya tanpa jemu. Semuanya demi perkembangan pelajaran Seth Uwais.

Semoga Seth semakin bertambah baik penguasaannya dan makin mahir menguasai Bahasa Melayu.



Pa&Ma

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button