50 ketulan ganja mampat ditemui dalam bonet kereta

50 ketulan ganja mampat ditemui dalam bonet kereta

50 ketulan ganja mampat ditemui dalam bonet kereta
Mohd Taufik (kiri) menunjukkan ganja mampat disembunyi dalam bonet kereta, yang dirampas polis selepas penahanan dua lelaki di parkir bawah tanah di sebuah pasar raya di Jitra.- Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

JITRA: Seorang warga emas antara dua lelaki yang ditahan bersama rampasan hampir 53 kilogram (kg) ganja mampat yang disembunyikan dalam bonet sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di parkir bawah tanah sebuah pasar raya di daerah Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin, berkata serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada jam 6.50 petang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di bahagian bonet Honda CRV itu menemukan 50 bungkusan plastik ganja mampat itu yang dialas dengan kotak dan disusun rapi di bahagian enjin.



“Suspek pertama berusia 52 tahun berasal dari Jitra manakala suspek kedua berusia 68 tahun berasal dari Kangar, Perlis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar


Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.



Beliau berkata, nilai dadah yang dirampas adalah RM162,750 manakala jumlah keseluruhan sitaan termasuk kenderaan adalah sebanyak RM182,815.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 10 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu



“Sekiranya terlepas, ganja itu mampu digunakan oleh sekurang-kurangnya 200,000 penagih dadah di sekitar kawasan ini.

“Kita percaya ganja itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dihantar ke Lembah Klang,” katanya.

Beliauberkata, modus operandi mereka adalah menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Thailand dan masuk melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam melalui Danok.

Beliau berkata, mereka kemudian menjadikan kawasan Jitra sebagai transit sebelum dibawa ke destinasi seterusnya.



“Plastik yang digunakan untuk membungkus ganja mampat itu berkualiti dan lebih tebal menyebabkan ganja berkenaan tidak rosak.

“Aktiviti ini dipercayai berlaku sejak awal tahun ini dan siasatan lanjut masih dilakukan setakat ini.

“Ini adalah rampasan terbesar membabitkan ganja setakat ini,” katanya.

50 ketulan ganja mampat ditemui dalam bonet kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading