‘Assalamualaikum Ayah, Omok Datang Ni’ Anak Ziarah Pusara Ayah

‘Assalamualaikum Ayah, Omok Datang Ni’ Anak Ziarah Pusara Ayah

Pemergian seseorang untuk selamanya pasti sakit untuk diterima. Rindu yang tiada ubat itu semestinya berat untuk dijalani sendiri.

Begitulah kisah seorang kanak-kanak lelaki yang melepaskan rindu pada arwah ayahnya dengan hanya menziarahi pusara.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Omok itu dilihat berjalan ke arah pusara arwah ayahnya setelah selesai sesi persekolahan.

Difahamkan, Omok hanya bercakap dengan arwah ayahnya menerusi foto sebelum ke sekolah.

Walau bagaimanapun, anak kecil itu mengajak ibunya ke pusara arwah selepas balik sekolah untuk melepaskan rindu.

Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dengan gambar ayah dia. ‘Ayah, Omok nak pergi sekolah ni’.

Balik sekolah dia ajak jumpa ayah dia…lepas rindu.

Hal ini meraih perhatian netizen melihat gelagat Omok yang terlihat hanya senyum menziarahi arwah ayahnya sehingga mencetus rasa hiba di kalangan warganet.

Sebaknya hati

 

 

 

@omokgendut18pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dgn gambar ayah dia..”ayah omok nak pergi sekolah ni” balik sekolah dia ajak jmpe ayah dia..lepas rindu😇♬ bunyi asal – aishah sanusi🥰

 

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut merasakan kesedihan anak kecil itu yang tidak mengerti erti ‘kehilangan’. Selain itu, terdapat juga doa yang ditinggalkan buat Omok agar menjadi anak yang soleh dan berguna.

Sumber: TikTok @omokgendut18

ANAK ZIARAH PUSARA MAMAT KHALID

‘Assalamualaikum Ayah, Omok Datang Ni’ Anak Ziarah Pusara Ayah


DISYORKAN UNTUK ANDA :



DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker