Cubaan sentimen umpama “ICERD” – Anwar sudah hidu niat  Proklamasi Mahathir

 

Oleh Adam Malik

Dilaporkan sudah empat kali venue untuk mengadakan Majlis Proklamasi Melayu yang sepatut dihadiri oleh Tun Mahathir telah dibatalkan.

Dilaporkan pemilik premis atau venue membatalkan tempahan untuk dewan dan tempat majlis bagi tujuan itu.

Pihak pembatal pula memberi pelbagai alasan untuk pembatalan tempahan premis.

Berkaitan topik diatas pula, ada pihak menyatakan Anwar Ibrahim pula telah diberi maklum niat sebenar Mahathir untuk Proklamasi Melayu.

Ia sebenar nya tiada kaitan hal ehwal Melayu selain untuk platform Mahathir pergunakan untuk mengumpul penyokong dengan bermainkan sentiment perkauman.

Mahathir dilaporkan sedang terdesak untuk mencari penyokong untuk meneruskan ‘survival’ politik peribadi nya.

Dalam keadaan sekarang dimana parti PAS dan Bersatu terbabit dengan skandal wang rakyat, dan ramai pemimpin kedua parti sedang disiasat dan akan disabit , maka ini dianggap peluang terbaik untuk Mahathir Kembali cari peluang.

PAS dan Bersatu sudah pun tanam kedalam jiwa penyokong mereka bahawa dakwaan terhadap Perikatan Nasional bermotif poltik walaupun kandungan perbicaraan belum pun didengar oleh penyokong kedua dua parti.

Malah, cubaan memberi tekanan sebelum kes dibuka kerana jika sudah dibuka dan ternyata sah ada kebenaran kepada dakwaan, maka ia sudah terlambat untuk menafikan nya.

Maka, jalan terbaik menghasut dan memberi tekanan.

Sambil itu apabila Mahathir melihat keadaan sangat baik untuk Hasrat mengumpul penyokong perguna ahli kedua parti , maka diteruskan lah cubaan konon konon nya Melayu terancam hatta perlu ada kan proklamasi Melayu.

Di percayai jika Mahathir dapat berucap , maka skrip nya sudah dapat dibaca dan diandaikan.

Apabila pemimpin PAS pertama didakwa, Mahathir mungkin boleh menambahkan sentimen membenci pemerintah dan sentiment akan jadi seperti salji turn dari gunung dan “snowball’ membesar kebawah.

Ketika Mahathir diberi peluang kedua menjadi Perdana Menteri, tiada pun agenda Melayu terancam dimainan oleh nya.

Malah melayu berkedudukan lebih teruk ketika 22 bulan Mahathir jadi Perdana Menteri.

Namun, semua niat Mahathir dan proklamasi Melayu nya telah dihidu oleh Anwar sebagai Gerakan decoy sahaja dan Anwar yang kenal Mahathir lebih lama dari semua pemimpin yang ada pada hari ini telah membuat Tindakan pintas lebih awal.

Niat Mahathir sebenar ada lah yang seperti dsebut oleh Hadi Awang ia itu kerja tebuk atap sekali lagi .

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker