Diana Danielle fail permohonan cerai kerana shiqaq

Kuala Lumpur: Pelakon, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.

Memetik laporan portal berita hari ini, Diana yang membuat permohonan cerai pada awal bulan lalu, memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai di sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, pagi tadi.



Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Diana pernah berkongsi pendapatnya saat ditanya mengenai perceraian dalam rumah tangga.

“Saya rasa, tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab dan kita tak boleh bercakap banyak kerana masing-masing, ada kekurangan dan kelebihan,” katanya.



Harian Metro cuba menghubungi Diana untuk mendapatkan ulasan, namun belum menerima sebarang maklum balas.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button