Peserta Silabur Ultra Trail pengsan, disahkan meninggal dunia

Peserta Silabur Ultra Trail pengsan, disahkan meninggal dunia

Peserta Silabur Ultra Trail pengsan, disahkan meninggal dunia
Gambar hiasan

SERIAN: Seorang peserta acara lasak Silabur Ultra Trail di Kampung Lubang Batu, di sini, meninggal dunia selepas pengsan, semalam.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan mangsa dikenali sebagai Joseph Tay Wee How, 56.

Beliau berkata, lelaki berasal dari Johor itu dilaporkan pengsan sebaik saja memulakan larian bagi kategori jarak sejauh tiga kilometer pada hari kejadian.



“Mangsa telah dibawa ke Hospital Serian sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya, hari ini

Aswandy berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa.

“Bedah siasat akan dilakukan untuk siasatan lanjut,” katanya

Setakat ini, beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Peserta Silabur Ultra Trail pengsan, disahkan meninggal dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button