Wanita warga emas diperdaya kononnya badan ada hantu

Wanita warga emas diperdaya kononnya badan ada hantu

Wanita warga emas diperdaya kononnya badan ada hantu
Gambar hiasan

JEMPOL: Wanita warga emas kerugian RM2,000 selepas diperdaya supaya membuang hantu yang ada di badannya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian pada jam 9.30 pagi semalam, mangsa berusia 69 tahun sebelum itu didatangi tiga individu wanita yang tidak dikenali ketika berada di Pasar Lama Bahau dan seorang suspek kemudian menegur mengenai hantu yang mengikut mangsa.

Katanya, suspek mendakwa boleh membersihkan dan membuang hantu di badan mangsa tanpa meminta sebarang bayaran pada awalnya.



“Mangsa kemudian bersetuju sebelum seorang suspek meminta mangsa pulang ke rumah mengambil wang dan barang kemas bagi upacara membuang hantu.

“Mangsa diminta menyerahkan wang dan barang kemas di tepi sebuah bank di Bahau bagi upacara membuang hantu dijalankan,” katanya.

Hoo berkata selepas menyerahkan wang tunai RM1,000, dua utas rantai leher, satu utas rantai tangan dan dua bentuk cincin mangsa diberi dua botol air mineral kecil dan satu bungkus garam.

Katanya mangsa kemudian diminta pulang dan tidak dibenarkan memandang belakang.



“Sebaik tiba di rumah anak mangsa bertanya mengenai air dan garam berkenaan dan mangsa menceritakan kejadian sebelum anak mangsa memberitahu, mangsa sebenarnya sudah ditipu.

“Selepas itu mangsa mendakwadipukau dan ditipu oleh suspek dan mengalami kerugian sebanyak RM2,000,” katanya.

Chang Hook berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Penganggur mengaku tak salah pukul ibu



Wanita warga emas diperdaya kononnya badan ada hantu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button