Benarkah ‘Datuk Roy’ Di Kambing Hitam Untuk Selamatkan Anak Muhyiddin?
Benarkah ‘Datuk Roy’ Di Kambing Hitam Untuk Selamatkan Anak Muhyiddin?
Agak pelik apabila siasatan kes yang didakwa melibatkan sogokan sebanyak RM400,000 kepada pegawai SPRM tidak melibatkan langsung suspek utama.
Sebanyak RM400,000 dikatakan telah disogok sebagai balasan untuk tidak menahan dan menyiasat suspek utama anak Muhyiddin Yasin, Fakhri Yassin bin Mahiaddin.
Dalam siasatan kes tersebut, 4 orang termasuk seorang wanita telah ditahan dan disoal siasat oleh SPRM.
Baca di sini:
Maklumat awal SPRM menyatakan,kes itu disiasat kerana dipercayai ada sogokan diberikan untuk mengelakkan Fakhri Yassin dari ditahan.
Secara logiknya, apabila sogokan diberi untuk mengelakkan Fakhri dari ditahan, maka sudah semestinya beliau perlu ditahan untuk siasatan SPRM.
Tetapi hingga ke hari ini, Fakhri masih tidak ditahan dan ‘Datuk Roy’ telah dibebaskan kerana didapati tidak terlibat dengan kes tersebut.
Namun begitu, ‘Datuk Roy’ telah ditahan semula atas siasatan kes yang lain.
Tetapi ‘Datuk Roy’ kembali dibebaskan dari tahanan reman dan beliau dikehendaki untuk melapur diri di pejabat SPRM setiap bulan.
Baca di sini:
Persoalannya, benarkah seperti yang didakwa oleh portal Sabahkini2, penangkapan dan penahanan ‘Datuk Roy’ adalah untuk menyelamatkan Fakhri Yassin?
Baca di sini:
Sekiranya benar, apakah satu skandal baharu telah dicipta untuk menutup satu skandal yang lain?
Siapakah di belakang drama penahanan ‘Datuk Roy’ sekiranya dakwaan ini benar?
SPRM mesti tampil untuk memberikan penjelasan.
Benarkah ‘Datuk Roy’ Di Kambing Hitam Untuk Selamatkan Anak Muhyiddin?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akar Umbi Berikan Mesej Jelas Kepada Kluster Broker Dalam Pemilihan UMNO
- Sejauh Mana Kerajaan Perpaduan Serius Dalam Mendaulatkan Keadilan?
- Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker