Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker

Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker

Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker

Pemilihan ketua sayap UMNO yang terdiri dari Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Puteri UMNO sudah selesai.

2 dari 3 ketua sayap tersebut, Ketua Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sudah dikenalpasti bebas dari kluster broker.

Walau pun Ketua Wanita yang dipilih, Dr Noraini, pada awalnya diragui kesetiaan beliau kepada parti (berdasarkan sikap beliau semasa bersama Ismail Sabri), namun akhirnya beliau diterima.

Ini adalah berdasarkan sikap beliau yang ‘play safe’ di dalam politik.

Dan hanya memberikan sokongan kepada pemimpin yang mempunyai kuasa.

Diharapkan apabila presiden UMNO dan timbalan presiden UMNO berada dalam barisan kabinet kerajaan, Dr Noraini akan menjadi ‘lebih jinak’ kepada parti.

Manakala Ketua Puteri UMNO yang dipilih pula, Nurul Amal, sehingga kini masih diragui kesetiaan beliau terhadap parti.

Untuk rekod, beliau pernah dikaitkan dengan cubaan sabotaj PAU 2021.

Namun begitu diharapkan selepas diberikan mandat, beliau dapat menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada parti.

Pada 17 dan 18 Mac ini, akar umbi UMNO akan membuat pemilihan yang jauh lebih penting untuk masa hadapan UMNO.

3 jawatan Naib Presiden akan dipertandingkan dan 25 jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga akan dipertandingkan.’

Inilah hari penentuan sebenar untuk masa hadapan UMNO.

8 orang calon akan bertanding untuk merebut 3 jawatan Naib Presiden UMNO.

Manakala 95 calon akan merebut 25 jawatan ahli MKT UMNO.

Lihat senarai calon di sini:

Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Lulus Tapisan Broker

Sangat penting untuk akar umbi memastikan tidak ada calon yang ditaja atau di bawah pengaruh kluster broker dipilih untuk mengisi mana-mana jawatan yang dipertandingkan.

Berikut adalah senarai calon yang telah dikenalpasti tidak dipengaruhi oleh kluster broker UMNO.

Naib Presiden

  1. Azalina (Calon 01)
  2. Wan Rosdy (Calon 05)
  3. Khaled Nordin (Calon 07)

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

  1. Ahmad Maslan (Calon 06)
  2. Fatmi Che Salleh (Calon 07)
  3. Johan Abdul Aziz (Calon 11)
  4. Lokman Noor Adam (Calon 14)
  5. Adnan Seman (Calon 15)
  6. Dr Puad Zarkashi (Calon 16)
  7. Dr Shaik Hussein (Calon 23)
  8. Zambry Abd. Kadir (Calon 24)
  9. Ahmad Jazlan Yaakub (Calon 26)
  10. Zahida Zarik Khan (Calon 33)
  11. Azian Osman (Calon 35)
  12. Isham Jalil (Calon 36)
  13. Abdul Azeez Rahim (Calon 37)
  14. Shamsul Anuar Nasarah (Calon 38)
  15. Jamil Khir Baharom (Calon 40)
  16. Zaid Ibrahim (Calon 41)
  17. Shafie Abdullah (Calon 44)
  18. Mohd Hazmi Yusof (Calon 59)
  19. Abdul Rahman Dahlan (Calon 65)
  20. Mohd Ali Mohamad (Calon 70)
  21. Jamal Yunos (Calon 75)
  22. Nur Jazlan Mohamed (Calon 77)
  23. Rosnah Shirlin (Calon 85)
  24. Rafi Awang Kechik (Calon 94)

Kepada semua akar umbi yang akan mengundi nanti, buatlah pilihan yang betul untuk masa hadapan parti UMNO.

 

Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker