Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama

Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama

Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama

Negara kita pernah mencatatkan beberapa sejarah hitam yang mengorbankan jiwa akibat dari kegiatan ekstrimis politikus yang memperalatkan bangsa dan agama.

Peristiwa hitam berlaku dalam Tragedi 13 Mei 1969.



Berpunca dari tindakan beberapa politikus yang menyemarakkan semangat perkauman.

Akhirnya negara terjebak ke dalam rusuhan kaum yang mengorbankan beribu jiwa di seluruh negara.

Kemenangan Dr Tan Chee Koon dari parti Gerakan telah menyebabkan penyokong beliau berarak meraikan kemenangan mereka.

Mereka berarak menuju ke Kampung Baru, yang merupakan kubu kuat UMNO.



Tindakan berarak dengan membawa penyapu dan beberapa tindakan provokasi penyokong parti Gerakan telah menimbulkan kemarahan bangsa Melayu.

Akhirnya berlaku beberapa rentetan peristiwa, di mana kemuncaknya, berlaku Tragedi 13 Mei 1969.

Baca di sini:]

https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Tragedi Memali

Kejadian berdarah kedua negara berlaku pada 19 November 1985, yang lebih dikenali dengan Tragedi Memali.



Tragedi Memali telah mengorbankan 18 nyawa.

14 dari mereka adalah orang Kampung Memali dan 4 yang lain terdiri dari anggota PDRM.

Pertempuran antara orang kampung dan anggota PDRM berlaku apabila polis menjalankan Ops Angkara, untuk menangkap Ibrahim Mahmud @ Ibrahim Libya.

Ibrahim Libya dikehendaki oleh polis untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan DaLam Negeri atau ISA.



Ibrahim Libya telah mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam.

Selain itu, beliau juga melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit.

Sebagaimana yang tercatat di dalam Lapuran Kertas Putih 1986, Tragedi Memali mempunyai kaitan rapat dengan Amanat Hadi.

Baca di sini:



https://malay.wiki/content/Peristiwa%20Memali%201985/Laporan%20Kertas%20Putih%201986.html

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 November 1984, amanat tersebut adalah bertentangan dengan Islam.

Malah mantan Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor pernah berkata:

“Amanat Hadi merupakan salah satu punca umat Islam di Malaysia berpecah kerana ia telah menyemarak api kafir mengkafir”.



Budaya Menunggang Agama Dan Bangsa Mesti Di Hentikan

Kedua-dua contoh peristiwa berdarah tersebut adalah bukti yang cukup jelas, bagaimana sikap ekstrimis politikus dalam memperalatkan bangsa dan agama boleh membawa bencana.

Ahli politik yang rakus kepada kuasa akan menyemarakkan api kebencian di kalangan penyokong mereka.

Penyokong mereka akan didoktrinkan dengan pelbagai hujah dan alasan yang mereka cipta.

Hujah yang paling mereka gemari adalah memainkan sentimen bangsa dan agama.

Kini dengan menggunakan hujah yang sama oleh pemimpin yang sama, penyokong mereka sedang dipimpin untuk menyanggah titah istana.

Hampir kesemua Raja Raja Melayu sudah menitahkan supaya ahli politik tidak membuat kuliah atau berceramah di masjid.

Titah Raja Raja Melayu bersebab.

Baginda Raja Raja Melayu tidak mahu masjid dijadikan platfom untuk menabur fitnah dan medan menyemarakkan kebencian.

Tetapi titah itu disanggah dengan pelbagai alasan yang dicipta demi untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Pihak berkuasa mesti bertindak segera sebelum segala-galanya terlambat.

Mereka sedang cuba mencipta gelombang kebencian di kalangan penyokong mereka.

Jangan biarkan Tragedi memali berulang kembali.

 

Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button