Majlis Peguam yang membosankan.
Oleh Adam Malik
Apabila portal kami menyiarkan rencana berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam yang tidak mendapat sambutan dari ahli nya sendiri , banyak pula komen yang kami terima dari pembaca berkenaan nya.
Untuk makluman, dari sejumlah 20,100 ahli MP , hanya lebih kurang 300 sahaja yang hadir untuk AGM setahun sekali itu.
Apa sebenar nya yang melanda badan yang sangat vokal berkenaan isu tertentu negara ini?
Adakah ahli ahli nya sudah bosan dengan karenah suka berpihak dan berpolitik secara melulu dan terlalu jelas berpihak kepada parti politik tertentu?
Adakah ahli ahli merasakan mereka memilih kepimpinan MP yang sangat kuat berpolitik berpihak?
Maka, atas sebab ini ahli ahli nya sudah hilang minat untuk hadir AGM yang pada perkiraan mereka tidak “serve” kepentingan ahli bahkan hanya menyuarakan isu isu politik terpilih sahaja.
Umum telah lihat apabila intrepretasi undang undang tidak konsisten yang dibuat oleh badan ini.
Adakala nya MP nampak sebagai pejuang keadilan, dan adakala pula melindung kesalahan pihak yang badan ini rasa harus teguh pertahankan atas sebab kecenderungan politik.
Mungkin ahli ahli Majlis Peguam merasa malu melhat badan ini berpihak dan jelas di tunggang oleh ahli politik parti tertentu maka jalan diambil ada lah menjauhkan diri dari acara yang dianjurkan oleh badan ini.
Atau mungkin ahli ahli (para peguam) merasa tidak perlu beri sokongan kepada resolusi yang tidak disetujui lalu meminggirkan acara AGM.
Apa yang jelas pada tajuk kami semalam dimana kami menulis mungkin ini waktu terbaik untuk bubar Majlis Peguam atas sebab sudah tidak mendapat sambutan dan sokongan dari ahli sendiri ada kewajaran nya.
Selain itu ia juga bukan terlihat sebagai badan ‘independent’ tetapi terpaksa akur kepada ahli politik parti tertentu dan tindak tanduk nya bukan atas keluhuran perundangan tetapi atas kecenderungan politik berpihak.