Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi
Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

Dalam melayari bahtera perkahwinan, kebahagiaan hidup sesebuah keluarga banyak bergantung kepada persefahaman di dalam hubungan suami-isteri. Hal yang demikian keran kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik.

Jalan akhir untuk bercerai kebanyakannya dikatakan berpunca daripada ketegangan suami isteri dalam kegagalan mencapai sekepakatan bersama untuk memulihkan rumah tangga kerana sudah tidak berkesefahaman.

Namun keadaan ini boleh diatasi dengan kebijaksanaan si suami serta sokongan para isteri yang digelar pengasih dalam memulihkan sesuatu perhubungan jika ditelusuri permasalahan dari akar umbi.



Namun begitu, sebagaimana pepatah melayu ada menyebut sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri.

Ramai tidak menyangka kadangkala pada zahirnya sesebuah pasangan itu boleh dilihat bahagia dan begitu berkasih-sayang namun hakikatnya mereka mungkin sedang diuji dengan badai yang melanda dalam institusi rumah tangga.

Baru-baru ini, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pergolakan rumah tangga sehingga pelakon, Diana Danielle menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan lalu. Difahamkan, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi
VIA Google

Meskipun tiada khabar angin atau ribut mengenai rentetan punca ketengangan pelakon ini, namun menurut laporan Harian Metro, Diana yang membuat permohonan cerai pada awal bulan lalu, memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.



Dalam kata mudah shiqaq’ ialah perbalahan yang berpanjangan dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Untuk mengatasi kemelut rumah tangga yang meruncing antara suami dan isteri, menurut sumber sahih, agama Islam memerintahkan agar diutuskan dua orang hakam (jurudamai).

Pengutusan hakam ini bermaksud untuk menelusuri sebab-sebab terjadinya syiqaq dan berusaha mencari jalan keluar guna memberikan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh kedua suami isteri tersebut.

Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

Hal yang demikian kerana Syiqaq merupakan perselisihan yang berawal dan terjadi pada kedua belah pihak suami dan isteri secara bersama-sama. Dengan demikian, Syiqaq berbeda dengan Nusyuz, yang perselisihannya hanya berawal dan terjadi pada salah satu pihak, yaitu dari pihak suami atau isteri.

Menjengah ke halaman instagram aktres jelita ini, Diana ada berkongsi gambarnya beserta kapsyen seolah-olah tidak lagi berada pada zaman dia menanggung kesedihan.

 

“No longer in her sad girl era” tulis Diana

Rata-rata warganet berasa sedih dan terkejut akan berita ini namun berharap pasangan ini masih boleh disatukan.

 

Memetik Harian Metro, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Terdahulu, Farid pernah membuat hantaran di Instagram Storynya, meluahkan rasa berang terhadap seseorang yang melakukan poligami dan memukul wanita sekaligus mendedahkan isterinya sehingga kini masih trauma selepas dipukul oleh bekas kekasihnya pada tahun 2005.

“Mula-mula kes poligami kau. Lepastu pukul perempuan pulak… Kau ni memang menyusahkan lelaki la mat.. Kau convert jadi binatang je la, senang mat Sol,” tulisnya.

Meskipuun pelbagai spekulasi mengenai punca keretakan pasangan ini masih belum diketahui, orang ramai diharap tidak membuat sebarang tohmahan serta mendoakan yang terbaik buat keluarga yang dahulunya terlihat bahagia ini.

Cari anak hilang hingga ke Bangkok tapi sudah meninggal

Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker