‘Bila saya sebut, Besut kata saya tak adil’ – Johari

Kuala Lumpur: Tindakan Ahli Parlimen Besut, ingin mencelah soalan tambahan kedua bagi menyuarakan tiada keperluan pemansuhan cubaan bunuh diri dalam Seksyen 309 Kanun Keseksaan, dihalang Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Pada mulanya, Johari memberi kebenaran kepada Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN – Besut) bagi bertanyakan soalan tambahan semasa Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan giliran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

Bagaimanapun, selepas tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan Ramkarpal, Mohamad cuba mencelah, namun Johari enggan membenarkan dengan alasan ahli parlimen itu bertanyakan soalan sama.

Mohamad: Satu lagi Yang Dipertua. Ada satu lagi Seksyen 344

Johari: Besut…Besut… ini yang saya kata tadi bila saya sebut, Besut kata saya tak adil. Tidak boleh. Soalan sama Besut tidak boleh tanya balik.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button