Polis kesan 2 lelaki hina Nabi Muhammad, video tular di media sosial

Polis kesan 2 lelaki hina Nabi Muhammad, video tular di media sosial

Polis kesan 2 lelaki hina Nabi Muhammad, video tular di media sosial
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KAJANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan berhubung kes video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, laporan berhubung kes terbabit diterima pihak berkuasa yang kini berusaha mengenal pasti pelaku dalam video itu.

“Saya sahkan PDRM ada terima laporan mengenai video tular itu dan kini sudah memulakan siasatan mengenainya.



“Kita akan beri keutamaan kepada siasatan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu rakaman video dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Rakaman video berdurasi 52 saat itu menunjukkan dua lelaki yang mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran kepada baginda.

Polis siasat video tular sokong hina nabi



Polis kesan 2 lelaki hina Nabi Muhammad, video tular di media sosial


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading