Taliban tangkap lelaki jual 130 wanita di Afghanistan

Taliban tangkap lelaki jual 130 wanita di Afghanistan
Taliban menahan seorang lelaki yang memperdagangkan berpuluh-puluh wanita di utara Afghanistan. – Foto AGENSI

Taliban tangkap lelaki jual 130 wanita di Afghanistan

KUNDUZ: Taliban memberkas seorang lelaki yang memperdagangkan berpuluh-puluh wanita di utara Afghanistan selepas dia menipu akan dikahwinkan dengan orang kaya, kata pihak berkuasa hari ini.

Lelaki itu diberkas di utara Jawzjan lewat petang semalam, kata Ketua Polis Wilayah Taliban, Damullah Seraj kepada wartawan.

“Kami masih di peringkat awal siasatan. Kami berharap memperoleh maklumat lanjut mengenai kes ini nanti,” katanya.



Ketua Polis Daerah Jawzjan, Mohammad Sardar Mubariz, berkata tertuduh menyasarkan wanita miskin yang terdesak untuk memperbaiki taraf hidup.

Lelaki itu akan menyatakan akan mencari calon suami yang kaya dan kemudiannya akan memindahkan mangsa ke wilayah lain di mana mereka dijual sebagai hamba.

Dia didakwa kerana memperdagangkan sekitar 130 wanita melalui taktik terbabit.

Jenayah, nepotisme dan rasuah bukan perkara asing di Afghanistan, bagaimanapun peningkatan kadar kemiskinan menjejaskan tuntutan kerajaan Taliban terhadap perundangan.



Sejak kembali berkuasa tiga bulan lalu, Taliban berusaha membendung beberapa jenayah seperti rompakan dan penculikan di bandar besar.

Hari ini, Kementerian Dalam Negeri Taliban memaklumkan 60 orang termasuk kakitangan pejabat pasport ditangkap kerana memalsukan dokumen untuk mendapatkan pasport.

Kementerian itu turut memaklumkan, pejabat pasport di Kabul ditutup sementara untuk urusan penyelenggaraan. – AFP

Taliban tangkap lelaki jual 130 wanita di Afghanistan


 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading