Shuib Dedah Akaun IG Watie Kena Gantung

Netizen Pula Dakwa Mungkin Konten Yang Dikongsi Sensitif

Shuib Dedah Akaun IG Watie Kena Gantung

Shuib Dedah Akaun IG Watie Kena Gantung

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba akaun Instagram isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib lesap sejak Isnin.

Menurut Shuib, isterinya Watie menghubunginya dalam nada sayu memaklumkan akaun media sosialnya itu tidak lagi dapat di akses.



Baru sekejap tadi Watie hubungi saya beritahu Instagram dia jadi macam ini.

Sedih sangat suara dia tadi. Kesianlah hai Mummy ini.

Menerusi perkongsian berkenaan, Shuib berkongsi tangkap layar yang menyatakan akaun tersebut digantung buat sementara sebelum dihapuskan.

Shuib Dedah Akaun IG Watie Kena Gantung

Ujar Shuib, dia turut meminta bantuan pengikutnya sekiranya ada yang boleh membantu mendapatkan kembali akaun tersebut.



Baru beritahu kenapa jadi macam ini dan macam mana nak buat?

Boleh siapa-siapa bantu? Komen atau DM saya, terima kasih.

Shuib Dedah Akaun IG Watie Kena Gantung

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pelbagai tip yang pernah mereka lakukan bagi mendapatkan akaun yang hilang.



Dalam pada itu, ada juga berpendapat hantaran berkenaan isu Palestin mungkin menjadi salah faktor akaun tersebut digantung sementara.

Dia suruh berehat dari media sosial itu, tak pun cuba padam kemudian install semula. Saya pernah buat menjadi.

Mungkin ada kongsi isu sensitif kot, tapi nak senang buat saja akuan baru.

Terdahulu, pelawak terkenal, Shuib disindir netizen gara-gara hanya memegang tangan Watie ketika bersiar-siar bersama keluarga di sebuah pusat beli belah.



Kredit: Instagram

Shuib Dedah Akaun IG Watie Kena Gantung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button