Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Bulan Februari lepas, perdana menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyiasat kemungkinan ketirisan perolehan vaksin Covid-19.
Menurut Anwar, satu kertas putih mengenai dana dan perolehan akan dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan di parlimen.
Ianya berikutan dari penemuan awal mendapati terdapat ketirisan kerana dipercayai tidak melalui peraturan atau proses yang sepatutnya.
“Soal utama bukan siapa menteri, tetapi menteri-menteri terlibat perlu jawab dan memberi penjelasan berhubung perkara itu,” tegas Anwar.
Baca di sini:
https://my-tv.online/2023/02/09/kerajaan-siasat-ketirisan-dana-vaksin-covid-19/
Namun selepas sebulan berlalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, memberitahu parlimen, kos sebenar pembelian vaksin tidak boleh didedahkan.
Ini adalah kerana kerajaan terikat dengan perjanjian Non Disclosure Agreement (NDA) yang ditandatangani antara kerajaan Perikatan Nasional dengan pengeluar vaksin.
Baca di sini:
Penulis memahami bagaimana kerajaan sekarang terikat dengan perjanjian NDA dalam membuat penyiasatan dan pendedahan pembelian vaksin Covid-19.
Namun, perjanjian NDA antara kerajaan Perikatan Nasional dengan pengeluar tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup segala-galanya.
Kerajaan Perikatan Nasional membelanjakan lebih RM7 bilion untuk membeli vaksin Covid-19.
Dari pembelian itu, sebanyak 5 ke 6 juta dos vaksin Covid-19 dilupuskan kerana tamat tempuh.
Baca di sini:
Ternyata terdapat pembaziran dana negara akibat dari kelemahan pengurusan Perikatan Nasional dalam pembelian vaksin Covid-19.
Persoalan yang lebih besar adalah mengapakah Perikatan Nasional menandatangani perjanjian NDA dengan pengeluar vaksin Covid-19?
Adakah perjanjian tersebut atas kehendak kerajaan Perikatan Nasional atau atas kehendak pengeluar?
Apakah negara lain yang membeli vaksin dari pengeluar yang sama juga menandatangani perjanjian tersebut?
Sekiranya berlaku ketirisan, pihak yang bertanggungjawab mesti di pertanggungjawabkan kerana dana yang terlibat bukan sedikit.
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
- Dari Projek Lapangan Terbang KXP, Kini Bertukar Kepada Projek Bengkel Baik Pulih Kapalterbang
- Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim