Amelia Henderson Pernah ‘Hilang’ Kawan Sebab Keluarga Tak Kaya [VIDEO]
Amelia Henderson Pernah ‘Hilang’ Kawan Sebab Keluarga Tak Kaya [VIDEO] Pelakon, Amelia Henderson berkongsi tentang pengalamannya menjadi seorang pelajar di sekolah antarabangsa, namun latarbelakang keluarganya tidak seperti pelajar-pelajar lain sehingga disisihkan rakan baik.
Dihantar ke sekolah antarabangsa
Pendedahan tersebut dikongsikan oleh Amelia ketika sesi temu bual bersama pelakon, Hun Haqeem dalam podcast Studio Sembang dan kemudian dimuat naik semula di TikTok.
Menurut Amelia, ibu bapanya pernah menghantarnya ke sekolah antarabangsa selama dua tahun kerana bapanya menginginkan pendidikan yang diterima adalah berdasarkan pendidikan di barat walaupun yuran sekolah tersebut sangat mahal. Namun, dia bukanlah dari keluarga yang mempunyai latarbelakang kewangan yang sama seperti pelajar-pelajar disitu.
Kehidupan saya dekat sini dengan ibu saya berbeza sangat walaupun saya pergi sekolah antarabangsa. Kami tak pakai Mercedes atau BMW, ibu saya hanya bawa kereta Proton Wira dan duduk di rumah teres. Kehidupan kami sangat-sangat basic dan normal.
Saya pergi sekolah naik bas, rumah pun tak ada swimming pool. Tapi kawan-kawan yang lain kalau naik bas, bas itu bas ‘first class’ dan semua duduk banglo.
Sampai putus kawan
Pelakon berusia 27 tahun ini juga turut mendedahkan dengan kehidupannya yang biasa itu telah menyebabkan rakan baiknya memutuskan hubungan persahabatan setelah dia melihat keadaan rumah Amelia yang serba sederhana itu.
Bilik tidur saya lagi kecil dari studio ini, saya cuma ada almari yang biasa dan beberapa helai baju. Dia datang bilik saya dengan respon yang sama apabila saya melihat biliknya dulu dan selepas itu dia tak nak jadi kawan saya lagi.
Namun, pelakon filem Pulau ini tidak cepat melatah malah dia menerima perkara tersebut sebagai satu pengajaran dalam memilih kawan dan menjalani kehidupan sebagai individu yang lebih baik.
Saya tak salahkan dia sebab dia menjalani kehidupan yang berbeza dengan saya. Kita akan nampak itu kawan kita atau pun tidak dan apa yang kita boleh buat adalah teruskan kehidupan untuk menjadi orang yang baik.
Netizen sangka Amelia kaya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyangka pelakon berdarah campuran ini berasal dari golongan elit sejak dari kecil, namun sangkaan mereka meleset apabila melihat pendedahan Amelia. Walaupun begitu, mereka memuji sifat rendah dirinya.
@luvchaaa4
Its amelia henderson now 💗 #ameliahenderson #hunhaqeem #studiosembang #fypシ゚viral #fypage #foryoupage
Sumber: TikTok
Amelia Henderson Pernah ‘Hilang’ Kawan Sebab Keluarga Tak Kaya [VIDEO]
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :