Wanita seludup ular, lipan dalam pakaian dalam

Wanita seludup ular, lipan dalam pakaian dalam

Wanita seludup ular, lipan dalam pakaian dalam
ANTARA haiwan eksotik yang dirampas daripada wanita itu. FOTO Agensi

Hong Kong: Pemilik kedai haiwan peliharaan di China, baru-baru ini, ditangkap selepas cuba menyeludup haiwan itu dengan menyembunyikannya di dalam pakaian dalamnya.

Mirror UK melaporkan, Chen, 32, ditemukan bersama 15 ular, empat lipan gergasi dan seekor cicak, ketika dia dalam perjalanan dari Hong Kong ke China.

Chen didakwa memasukkan reptilia yang sebahagiannya adalah haiwan beracun itu ke dalam coli dan poket pada pakaian, dengan harapan dapat membawa hidupan itu ke premisnya di China.



Bagaimanapun, dia ditahan oleh pegawai kastam selepas melihat wanita itu gementar dan memakai pakaian yang saiznya kelihatan lebih besar.

Hasil pemeriksaan badan mendapati Chen menyembunyikan sembilan ular, enam ular hognose, empat lipan gergasi Peru, dan cicak genus Anolis, yang semuanya adalah haiwan eksotik.

Menurut Jabatan Kastam, haiwan berkenaan dirampas dan kemudian diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Chen mengaku merancang untuk menjual haiwan itu sebaik tiba di Foshan, China dan mengakui berjaya melakukan perkara sama pada masa lalu.



Memandangkan haiwan itu sukar ditemukan di pasaran China, dia dapat menjual hidupan itu pada harga yang tinggi.

Ramai pelanggan ingin mendapatkan haiwan itu untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan atau menggunakannya untuk perubatan tradisional.

Salah satu ular dirampas daripada Chen adalah ular Lampropeltis, yang mempunyai racun sangat toksik dan boleh membunuh manusia.

Lipan Peru, Scolopendra gigantea, pula boleh membesar sehingga 11 inci panjang dan mempunyai racun yang juga boleh membawa maut.



Mengikut undang-undang China, haiwan yang dibawa masuk ke dalam dan ke luar negara mesti dikuarantin dan diperiksa oleh pihak berkuasa terlebih dahulu untuk mencegah spesies asing invasif serta melindungi keselamatan ekologi.

Sementara itu, Jabatan Kastam tidak menyatakan apakah implikasi undang-undang yang akan dihadapi Chen.

Wanita seludup ular, lipan dalam pakaian dalam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading