SEDIA SENARAI PMKS DI BURSA

SEDIA SENARAI PMKS DI BURSA

SEDIA SENARAI PMKS DI BURSA
BANTUAN akan meringankan beban PMKS yang berdaftar dengan SME Corp untuk menyenaraikan perniagaan di bursa terutama dari segi kos melibatkan pembayaran yuran penyenaraian.

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merancang untuk menyediakan lebih banyak bantuan kepada mana-mana perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berminat menyenaraikan perniagaan mereka di Bursa Malaysia tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata langkah itu akan meringankan beban PMKS yang berdaftar dengan SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk menyenaraikan perniagaan terutama dari segi kos melibatkan pembayaran yuran penyenaraian.

“Penyenaraian di bursa ini melibatkan yuran (yang tinggi). Kita telah meneliti dan mempertimbangkan untuk membantu PMKS yang bersedia untuk disenaraikan.



“Syaratnya mereka perlu melibatkan diri dengan program yang dijalankan SME Corp dan memperoleh skor lima bintang bagi membolehkan mereka dibantu,” katanya selepas menutup majlis apresiasi Program Rintis Pemangkin PMKS SKOR 5 Bintang anjuran SME Corp.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 48 PMKS yang menyertai program tersebut dengan tiga daripadanya berjaya mendapatkan penarafan lima bintang.

Ewon turut berbangga apabila 21 PMKS yang mengikuti program itu sedang merancang untuk menyenaraikan perniagaan masing-masing di Bursa Malaysia, dengan 10 daripadanya akan melakukannya dalam masa terdekat dan berharap lebih banyak PMKS memulakan langkah itu.

“Kerajaan berhasrat untuk melihat lebih banyak PMKS membuat lonjakan serta mengorak langkah untuk beralih menjadi syarikat besar iaitu melepasi definisi PMKS,” katanya.



SEDIA SENARAI PMKS DI BURSA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading