Perez bukan pencabar utama Verstappen

London: Bekas pemandu Ferrari, Felipe Massa percaya Sergio Perez ‘tidak konsisten’ untuk menjadi pencabar kepada Max Verstappen sepanjang saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Perez berada satu mata di belakang Verstappen dalam kejuaraan pemandu selepas memenangi Grand Prix (GP) Arab Saudi hujung minggu lalu.

Dengan Red Bull mempunyai kelebihan cukup ketara berbanding kesemua pasukan F1 pada tahun ini, Perez secara realistik adalah satu-satunya pencabar Verstappen untuk gelaran juara dunia.



Bagaimanapun, Massa yang terlepas terlepas gelaran juara dunia 2008 kepada Lewis Hamilton percaya Charles Leclerc akan menjadi pencabar utama Red Bull jika Ferrari boleh memberikannya kereta yang kompetitif.

“Seperti Max dan Lewis, Charles adalah pemandu yang luar biasa. Dia kini pencabar kejuaraan utama untuk Red Bull.

“Pemandu kedua mereka, Sergio Perez, terlalu tidak konsisten. Sama seperti Carlos Sainz dari Ferrari,” kata Massa kepada Bild.



Massa juga meletakkan harapan tinggi kepada George Russell, terutamanya selepas dia berjaya mengatasi rakan sepasukan, Hamilton pada tahun lalu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button