Tiz Zaqyah : Pegang watak mangsa rogol dalam ‘Liar’ cabaran besar

Hampir kena serangan panik

Tiz Zaqyah : Pegang watak mangsa rogol dalam ‘Liar’ cabaran besar
Tiz Zaqyah : Pegang watak mangsa rogol dalam ‘Liar’ cabaran besar
Tiz Zaqyah tidak kisah tayang badan untuk drama.
PELAKON Tiz Zaqyah tidak kisah menayangkan sebahagian tubuh badannya demi memastikan penonton mendapat mesej yang ingin disampaikan melalui drama terbaharunya berjudul Liar.

Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, berkata, dia enggan mengambil pusing tentang kata-kata penonton sekiranya melihat babak di dalam bilik mandi yang memaparkan dirinya seolah-olah tidak berpakaian.

Menurut Tiz, babak di dalam drama tersebut telah diteliti dan dinilai agar bersesuaian dengan jalan ceritanya.

Tiz Zaqyah : Pegang watak mangsa rogol dalam ‘Liar’ cabaran besar

 



“Bukan sengaja nak tayang badan untuk ditonton orang pun sebab paling penting ialah mesej hendak disampaikan kepada penonton tentang apa dilalui mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.

“Kalau ada mahu jadikan itu isu, biarkan sahaja. Bagi saya, ambil mesej positif manakala yang buruk jadikan teladan.

“Jika ada adegan keterlaluan, saya akan berbincang dengan pengarah dan ada juga saya tolak. Mereka sangat menjaga keselesaan dan bertolak ansur dengan saya,” katanya.Tiz berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana drama besiri Liar di ibu kota, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai wataknya sebagai Lara di dalam Liar, Tiz memberitahu bahawa dia menjalani pemeriksaan sebagai mangsa rogol sememangnya sangat memberi kesan kepadanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan itu sahaja, watak Lara sangat berat sehingga dia kadang kala rasa tidak sabar untuk menghabiskan penggambaran drama berkenaan.

“Karakter Lara sangat berat terutama sebagai mangsa rogol, Tuhan sahaja yang tahu apa saya rasa. Setiap kali habis penggambaran, saya rasa tidak sabar nak tukar baju dipakai Lara. Rasa dia lain macam sangat.

Tiz Zaqyah : Pegang watak mangsa rogol dalam ‘Liar’ cabaran besar
Tiz Zaqyah bergandingan dengan Tony Eusoff dalam drama Liar.

“Paling membuatkan saya terkesan ialah ketika babak pemeriksaan selepas dirogol. Melihat banyak poster tentang jenayah rogol ditampal dalam bilik tersebut membuatkan saya rasa seperti kena serangan panik namun masih terkawal,” kongsinya.

Liar merupakan adaptasi daripada drama British yang turut menggunakan judul serupa bakal menemui penonton pada 3 April di saluran Astro Ria (104) setiap Isnin pukul 9 malam.



Selain Tiz, Liar turut dibintangi Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Nadiya Nisaa, Nazrief Nazri, Aniq Suhair dan Wan Raja.

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Tiz Zaqyah : Pegang watak mangsa rogol dalam ‘Liar’ cabaran besar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah DAP Sudah Berubah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button