Lelaki rentung kereta terbakar

SERDANG: Seorang lelaki meninggal dunia akibat rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kejadian berhampiran sebuah masjid di Jalan BK 5/1 Bandar Kinrara, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.35 malam tadi.

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah kereta Perodua Kancil terbakar sepenuhnya di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, terdapat seorang lelaki ditemui rentung di bahagian pemandu dalam kenderaan berkenaan.

“Anggota bomba bertugas melakukan kerja-kerja pemadaman api menggunakan dua aliran iaitu hos reel serta hos pam dan mengambil masa beberapa minit bagi memadamkan kebakaran terbabit,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button