Pembebasan Najib Langkah pembetulan terbaik.

 

Oleh Adam Malik.

Esok adalah hari terpenting bagi penentuan kes semakan Datuk Seri Najib Razak.

Seluruh negara memerhatikan nya , bahkan seluruh dunia juga.

Setelah semua hujah dan pembuktian telah dipamer dan dijelaskan , maka ternyata , kes terlalu lemah dari sudut perundangan untuk terus penjarakan Najib.

Apa yang dibual oleh rakyat Malaysia berkenaan kes DSNR waktu ini adalah dari sudut politik dan bukan lagi dari sudut perundangan.

Dari sudut perundangan begitu jelas pembela mempunyai kelebihan.

Yang menjadi persoalan adalah berkenaan terlalu banyak kecacatan (flawed) dan kelemahan kes , tambahan lagi dengan terbocornya kertas dan dokumen berkenaan kedudukan Hakim Nazlan Mohd Ghazali Bersama SPRM baru-baru ini.

Akibat nya pihak kehakiman, pihak mahkamah langsung tidak berupaya memberi respon balas.

Maka, secara nyata , perbicaraan boleh dianggap sebagai satu kesilapan kerana banyak kekhilafan telah terjadi.

Paling ketara adalah seperti yang dibawah ini yang begitu tular keseluruh negara :-

Begitu nyata , persoalan bagaimana DSNR boleh didapati bersalah jika pendakwaan khilaf?

Seluruh negara juga sudah maklum bagaimana Sang Hakim juga memiliki kesalahan melanggar etika mahkamah dan perundangan apabila beliau meyembunyi maklumat berkenaan pembabitan beliau didalam Maybank berkaitan syarikat SRC?

Ia jelas ‘Conflict of interest’

Hakim juga telah membuat penghujahan khliaf sengaja atau tidak dimana menuduh DSNR sebagai orang yang bersalah dengan menyatakan DSNR telah menubuhkan SRC semata mata untuk mencuri sedangkan sebalik nya Hakim sendiri yang terbabit dengan hal SRC ketika menjadi General Councel di Maybank.

Semua pembuktian ini dinafikan untuk dimasuk kan sebagai bukti dimahkamah rayuan dan mahkamah tinggi.

Selain itu, Hakim telah juga didapati disiasat kerana menerima rasuah oleh SPRM.

Berkenaan ini juga Hakim tidak maklumkan kepada mahkamah sendiri.

Maka, ketika menjatuhkan hukuman terhadap DSNR , Hakim telah pun berstatus perasuah.

Sah kah hukuman  dijatuhkan oleh Hakim apabila kebenaran diketahui kemudian?

Sebenar nya DSNR tidak dijatuhi hukuman  oleh Sembilan (9) Hakim dan tiga (3) mahkamah , tetapi sebenar nya oleh satu (1) mahkamah sahaja, ia itu mahkamah pertama yang khilaf itu.

Ini kerana dua (2) mahkamah selepas itu sekadar “Copy and paste” sahaja apa yang diputuskan oleh mahkamah yang pertama tanpa membenarkan bukti yang baru diperolehi dibicara dan dihujah kan.

Ketika memutuskan hukuman hakim Nazlan Ghazali juga tidak berhujah berkenaan hampir Empat Puluh (40) bukti dan point point yang dikemukan oleh Peguam Bela.

Ia seolah olah Hakim “bypass” dengan begitu mudah pembuktian dari pihak pembela tanpa mengupas satu persatu hujah dan ‘counter’ dengan hujah balas.

Ada kala nya ‘hard evidence’ dari pembela dinyahkan  oleh hakim dengan andaian sahaja.

Harus diingat, pada hari terakhir perbicaraan DSNR sebenar nya ‘defenseless’ tanpa peguam bela kerana Peguam Hisyam Teh telah menarik diri akibat tidak diberi Tangguh untuk mengkaji hampir puluhan ribu dokumen kerana baru ambil alih tugas dari Tan Seri Shafie.

Pada isu ini juga mahkamah telah melanggar akta mahkamah sendiri dimana mahkamah tidak ada hak untuk menghalang peguam menarik diri.

Ini juga telah menjadi masalah kepada seluruh sistem guaman kerana telah menjadi “precedent”, dan juga kontradik kerana kes seperti dera kanak kanak (kes Bainun) juga dilihat boleh tukar peguam.

Maka, mahkamah telah banyak khilaf dan rakyat menunggu bagaimana hujah pada hari esok (31 / 3 / 2023 ) berkenaan hal hal ini.

Maka , jalan paling baik ada lah pembebasan untuk Najib Razak dan jika perlu di buat dakwaan semula atau ‘retrial’ dengan satu set Jemaah hakim baru, jika benar mahu mendakwa Najib Razak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker