JAIM tahan 2 lelaki beli nombor ekor

MELAKA: Tindakan dua lelaki termasuk seorang warga emas membeli nombor ekor kononnya untuk mendapatkan duit raya membawa padah apabila mereka ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di premis menjual nombor ekor di Masjid Tanah, pagi semalam.

Kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 52 dan 63 tahun ditahan dalam operasi Perangi Jenayah Syariah (PERJASA) yang dijalankan di beberapa lokasi di negeri ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, berkata ketika operasi dijalankan, dua lelaki terbabit berada di kaunter premis berkenaan tanpa menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM.



“Kedua-dua lelaki itu dipercayai mahu membeli nombor ekor atau sedang berurusan mengenainya, namun sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa pada jam 10.45 pagi, mereka meninggalkan kaunter tetapi berjaya ditahan selepas itu.

“Ketika ditahan dan disoal siasat, mereka memberi alasan berbuat demikian untuk mencuba nasib bagi mendapatkan duit lebih bagi perbelanjaan sambutan hari raya,” katanya.

Che Sukri berkata, kedua-dua lelaki itu diberikan surat perintah hadir ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berjudi.

“Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading