Dua wanita maut, kereta bertembung treler

PEKAN : Dua wanita terbunuh apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori treler berhampiran kolam udang di Jalan Rompin Lama, dekat Nenasi, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali Jemilah Awang Ngah, 74, dari Kampung Jambu, Mukim Langgar, di sini, serta Suhaizan Abdullah, 41, dari Kampung Bentan, Kuala Pahang, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.46 pagi.



“Seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku kemalangan antara kereta jenis Perodua Myvi dengan lori treler.

“Kemalangan itu menyebabkan dua mangsa berkenaan tersepit dan pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading