‘Simpanlah awak punya duit’

Oleh – Syeikh Baran


‘Simpanlah awak punya duit’
Tangkap layar video wanita ditahan polis selepas gagal memakai tali pinggang keledar dengan kemas.

Tindakan anggota polis menolak cubaan sogokan selepas menahan seorang pemandu yang gagal memakai tali pinggang keledar dengan tertib mendapat pujian orang ramai.

Meskipun ditawarkan ‘wang kopi’, anggota tersebut terus mempertahankan integriti dengan menolak rasuah tersebut.



Video berdurasi 35 saat itu memaparkan keadaan di mana seorang pemandu kereta wanita gagal memakai tali pinggang keledar dengan betul ketika ditahan.

Anggota polis yang menghampiri kenderaan itu dengan tenang mengarah wanita terbabit memperkemaskan pemakaian tali pinggang keledar.

Wanita itu turut dilihat cuba menawarkan wang untuk mengelakkan diri daripada disaman, namun ditolak dengan cara yang baik sebelum diminta akur menerima saman atas kesalahannya.

Perkara tersebut dikongsikan laman Facebook Friends of PDRM yang mana setakat ini mendapat 150 tanda suka dan 4,500 jumlah tontonan.



“Salah orang puan. Sila bayar saman ya. Tabik hormat untuk anggota yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.

“Apakah masyarakat tahu perbuatan memberi rasuah adalah satu jenayah?

“Kesalahan pemberi adalah sama dengan yang menerima rasuah dan jika disabitkan, seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjara dan didenda,” katanya dalam hantaran itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading