Berang Diasak Mengenai Wang Gandaan, Bomoh Bagi Pelanggan Minuman Campur Racun Ikan

Pihak polis menemukan 10 mayat mangsa pembunuhan seorang bomoh susulan penemuan salah seorang mayat mangsa di kawasan kebun berhampiran rumah bomoh berkenaan.

Bomoh penipu

Bomoh tersebut mengiklankan perkhidmatan menggandakan wang di media sosial yang dikendalikan oleh pembantunya.

Tertarik dengan perkhidmatan yang diberikan, ramai yang mencari bomoh ini untuk menggandakan wang mereka dengan mudah.



Difahamkan bomoh penipu di Indonesia itu meracun pelanggannya kerana mereka kerap bertanya tentang wang gandaan yang masih belum mereka perolehi.

Berang dan tidak tahan dengan asakan pertanyaan pelanggan, bomoh tersebut bertindak memberi mangsa minuman bercampur racun ikan dengan memperdaya mereka bahawa ia adalah sebuah ritual.

Mangsa diberi minuman yang telah mengandungi racun dan menyatakan bahawa ia adalah untuk  sebuah ritual. Kemudian selepas mangsa meninggal dunia, mangsa ditanam di laluan menuju ke kebun.

Penemuan mayat mangsa



Bomoh yang menawarkan perkhidmatan menggandakan wang tersebut didakwa telah menanam mayat-mayat berkenaan di dalam satu lubang.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banjarnegara, AKP Bintoro Thio Pratama berkata kesemua mayat mangsa yang ditemukan disyaki sudah lama dikebumikan kerana melihat kepada keadaan mayat yang hanya tinggal tulang.

Susulan itu, pihak polis ketika ini masih meneruskan operasi pencarian dan menjalankan siasatan.

Hari ini kami kembali melakukan operasi cari gali di lokasi sama seperti lokasi semalam iaitu di tanah milik pelaku.



Kami tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar lagi ketika in. Bagaimanapun, kami akan terus meneruskan operasi pencarian.

Dalam pada itu, polis juga memberkas pembantu bomoh tersebut yang bertanggungjawab membawa semua mangsa-mangsa kepada suspek.

Sumber: Detik.com




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading