Leicester kalah 2-1 di tangan Aston Villa

LONDON: Leicester selepas pemecatan Brendan Rodgers, berakhir dengan kekalahan 2-1 di tangan Aston Villa di Stadium King Power.

The Foxes yang dibimbing Mike Stowell dan Adam Sadler, kini berada di tangga kedua tercorot selepas tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Ollie Watkins meletakkan Villa di depan pada minit ke-24 tetapi Harvey Barnes kembali menyamakan kedudukan selepas 35 minit.



Bertrand Traore memastikan kemenangan buat Villa pada minit ke-87, gol pertamanya untuk kelab sejak tahun 2021.

Leeds keluar dari zon penyingkiran selepas mengatasi Nottingham Forest 2-1 di Elland Road.

Orel Mangala menjaringkan gol pertamanya dalam bola sepak Inggeris untuk meletakkan Forest di depan.

Namun Jack Harrison menyamakan kedudukan lapan minit kemudian dan Luis Sinisterra memastikan kemenangan Leeds di akhir babak pertama.



Bournemouth tewas 2-0 kepada Brighton di laman sendiri hasil jaringan Evan Ferguson menggunakan tumitnya, dan gol pertama Julio Enciso untuk kelab dalam masa kecederaan. –

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading